Wednesday, March 17, 2010

AKTIVITI MENYUSURI SUNGAI KUALA NERANG OLEH KAKITANGAN JABATAN KESELAMATAN UUM

dikutip dari email drp security@uum.edu.my

30 MaC 2010

Seramai 30 kakitangan Jabatan Keselamatan termasuk Pengarah, 2 Pegawai dan 5 wanita mencipta sejarah UUM apabila menjadi kakitangan UUM pertama mendayung menggunakan 3 bot getah dan sebuah bot fiber menyusuri sungai dari Pekan Kuala Nerang dan tamat di Kg Empa, Derang Pokok Sena Kedah sejauh 18 km.

Program mendayung ini juga sebagai menyahut cabaran daripada Pengarah Keselamatan bagi membuktikan bahawa tanpa sebarang latihan kakitangan Jabatan Keselamatan dapat juga menamatkan aktiviti mendayung tanpa henti selama 6 jam.

Pelbagai rintangan dihadapi semasa aktiviti mendayung antaranya melepasi pokok-pokok yang tumbang merentangi laluan sungai, kawasan lombong pasir, jambatan yang runtuh, pokok-pokok buluh yang merimbuni laluan dan juga kawasan air yang cetek. Kakitangan terpaksa berhenti dan mengangkat bot masing-masing bagi meneruskan dayungan.

Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama di dalam pasukan, tolong menolong sesama rakan-rakan, mematuhi arahan ketua kumpulan, keberkesanan ketua memberi arahan kepada anak buahnya, membuat keputusan dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu kesukaran, menguji ketahanan mental dan fizikal. Tanpa ini semua sudah pasti aktiviti dayungan ini menemui kegagalan.

Tahniah Semua.

No comments: